Ular berkepala dua berebut cari makanan

Haiwan menakjubkan itu dijumpai dalam hutan di India. - Foto Mirror
Haiwan menakjubkan itu dijumpai dalam hutan di India. - Foto Mirror
A
A
A

ODISHA- Seorang jurugambar, Rakesh Mohalick menemukan seekor anak ular berkepala dua di kawasan hutan Dhenkikot, tempat perlindungan hidupan liar Keonjhar di Odisha, timur India.

Menurut laporan Mirror.co.uk, rakaman menunjukkan ular berkepala dua tersebut telah menarik perhatian pakar hidupan liar.

"Salah satu daripada dua kepala itu dilihat lebih panjang ke hadapan sedikit dan kedua-duanya bertarung untuk mendapatkan makanan," jelas Rakesh.

Melihat kepada keadaan dua kepala itu, haiwan yang menakjubkan tersebut dilihat masing-masing berebut untuk mencari makanan.

"Kedua-dua kepala ular berkenaan bergerak bebas dan ia akan menjadi cabaran buatnya untuk bertahan lama dalam kehidupan liar," tambah Rakesh.

Ular tersebut bersaing antara satu sama lain untuk makanan. - Foto Mirror
Ular tersebut bersaing antara satu sama lain untuk makanan. - Foto Mirror

Ia telah dikenalpasti lalu dinamakan sebagai Ular Serigala serta tidak berbisa.

Ular sepanjang 14 sentimeter itu mempunyai dua kepala terbentuk sepenuhnya iaitu mempunyai empat mata yang berfungsi dengan dua lidah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!