14 individu adakan parti liar didenda RM1,000 langgar PKP

Tiga wanita yang dituduh melanggar PKP mengaku bersalah dikenakan denda RM1,000 setiap seorang di Mahkamah Majistret Ipoh, di sini hari ini.
Tiga wanita yang dituduh melanggar PKP mengaku bersalah dikenakan denda RM1,000 setiap seorang di Mahkamah Majistret Ipoh, di sini hari ini.
A
A
A

IPOH - Pelajar sebuah kolej swasta antara 14 individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, di sini, hari ini atas tuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas mengadakan parti liar pada 5 Mei lalu.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh termasuk tiga wanita yang berusia 19 hingga 25 tahun itu telah berhimpun bagi maksud sosial di dalam sebuah kondominium di Jalan CM Yusuff, di sini, jam 2 pagi pada 5 Mei lalu.

Tindakan tersebut melanggar Peraturan Seksyen 6(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Selepas pertuduhan dibacakan serentak, kesemua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Majistret, Noor Azreen Liana Mohd Darus kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 setiap seorang dan hukuman penjara selama sebulan jika denda tidak dibayar.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, K Darinee manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Awatif Ahmad Bashir dan EP Sittan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Sebelum ini, kesemua mereka ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan CM Yusuff, di sini, pada 5 Mei lalui.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, A Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika serbuan dilakukan, kesemua suspek sedang leka berhibur tanpa menyedari kehadiran polis.

Artikel Berkaitan:

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, sebuah komputer riba, lampu laser dan tiga pembesar suara yang digunakan dalam parti berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: 14 individu bujang sertai parti liar ditahan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!