Matic dedah sisi seram Mourinho

MOURINHO
MOURINHO
A
A
A

PEMAIN tengah Manchester United, Nemanja Matic mengakui bekas pengendali kelab itu, Jose Mourinho akan menjadi individu yang paling menyeramkan jika The Red Devils mengalami kekalahan dalam perlawanan.

Menurutnya, setiap pemain akan mengelak daripada bertembung dengan Mourinho di sesi latihan pasukan selepas kekalahan tersebut.

"Jika anda menang, dia akan menjadi orang yang paling baik. Tapi kalau anda kalah, anda akan cuba sedaya upaya menghindarinya di tempat latihan. Tapi dia tetap seorang jurulatih yang menakjubkan," katanya.

Pemain kelahiran Serbia itu pernah bermain di bawah kendalian Mourinho ketika di Chelsea dan United dan pernah menjulang trofi EPL pada musim 2014/2015 bersama The Blues.

Selepas empat musim di Stamford Bridge, Matic berhijrah ke United bersama Mourinho dan menjadi watak penting dalam kesebelasan utama pasukan.

Matic juga mengakui Mourinho merupakan seorang jurulatih yang lantang mengkritik pemain sekiranya hasil setiap perlawanan tidak seperti yang diharapkannya.

"Namun, dia tetap seorang jurulatih yang bagus dan cara dia itu menyebabkan pemain cuba memperbaiki persembahan dalam setiap perlawanan," katanya.

Mourinho dilantik sebagai pengendali The Red Devils pada 2016 sebelum dipecat dua tahun selepas itu dan jawatan tersebut kini digalas oleh Ole Gunnar Solskajer.

Artikel Berkaitan:

Pengendali kelahiran Portugal itu kini menjadi pengurus Tottenham Hotpsur selepas dilantik tahun lalu bagi menggantikan Mauricio Pochettino.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!