Rentas negeri: Jangan melencong ke destinasi lain

Bermula semalam sehingga Ahad ini, orang ramai yang terkandas di Kuala Lumpur untuk pulang ke kediaman mereka di negeri-negeri lain atau mengambil ahli keluarga mereka yang terperangkap di kampung boleh membuat perjalanan rentas negeri untuk pulang ke kediaman masing-masing dengan permohonan yang dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Orang ramai yang membuat permohonan rentas negeri untuk pulang ke kediaman masing-masing diingatkan untuk tidak melencong ke destinasi lain semasa tempoh perjalanan dibenarkan itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka perlu meneruskan perjalanan hanya ke lokasi seperti dimohon kepada polis.

"Biasanya dalam permohonan kepada polis akan ditulis destinasi.

"Jika destinasi ditulis adalah dari Johor ke Kuala Lumpur, tetapi dalam perjalanan tersebut mereka melencong ke Melaka untuk berbuka puasa di rumah abang contohnya, kemudian baru balik ke Kuala Lumpur. Ia tidak dibenarkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Tegasnya, jika hendak pulang ke Kuala Lumpur, perjalanan mesti diteruskan ke destinasi itu sahaja.

"Oleh itu, jangan melencong ke tempat lain. Saya nasihatkan bawa bekalan makanan dalam kereta bagi memudahkan untuk pemandu dan penumpang berbuka puasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!