Umur setahun, dah pandai meluncur salji!

Meskipun baru berusia setahun, namun banyak aksi yang sering dilakukan Peppa semasa meluncur. -Foto: Metro.Co.Uk
Meskipun baru berusia setahun, namun banyak aksi yang sering dilakukan Peppa semasa meluncur. -Foto: Metro.Co.Uk
A
A
A

JERMAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun melakukan sesuatu di luar kebiasaan kanak-kanak seusianya yang lain dengan meluncur ais sekali gus menjadikan peluncur ais termuda di dunia.

Peppa dikatakan mengikut jejak langkah kakak dan abangnya dan sering menunjukkan aksi luar biasa semasa meluncur.

Menurut laporan Metro.Co.Uk, ibu bapanya iaitu Carolin dan Patrick Schreiber berkata anaknya tidak merasa takut dengan salji.

Pasangan berkenaan mengajar ketiga-tiga anak mereka meluncur di kawasan pergunungan berdekatan Kartitshc, Tyrol, Australia iaitu kampung asal Patrick.

Carolin yang mula meluncur ais sejak berusia dua tahun juga berkata, ketekunan adalah kunci dalam mengajar anak-anak meluncur salji.

“Kami sering berlatih, berlatih dan berlatih. Semestinya bakat itu perlu, tetapi memberikan motivasi kepada mereka juga penting,” tambahnya.

Pasangan berkenaan juga berkata, mereka sering melakukan muslihat bagi memastikan anak-anak mereka tidak bosan dengan sukan tersebut.

“Kami bawakan alat mainan dan patung bersama mereka di kawasan gunung lalu membiarkan mereka mengejar alat mainan yang sengaja dijatuhkan.

Artikel Berkaitan:

“Kami juga sering membawa snek sihat dan gula-gula bersama kami bagi mengekalkan motivasi mereka di tahap yang maksima,” jelasnya.

Namun katanya, apa jua yang mereka lakukan mestilah dihadiri dengan rasa seronok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!