LZS sumbang rumah baharu kepada lima keluarga
SABAK BERNAM - Sambutan Aidilfitri tentunya bermakna kepada lima keluarga di Sabak Bernam apabila masing-masing menerima sebuah rumah sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
LZS dalam kenyataannya memberitahu, peruntukan pembinaan rumah baharu kepada asnaf fakir miskin daerah itu menelan belanja sebanyak RM400, 000.
"Dengan bantuan rumah ini keluarga asnaf tersebut dapat menikmati keselesaan tempat berlindung dan berteduh lebih-lebih lagi dalam suasana Ramadan serta menjelang Syawal," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan, penyerahan kunci rumah baharu itu disempurnakan oleh Ketua Operasi Agihan LZS Daerah Sabak Bernam, Azizul Fitry Salam.
"Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan meningkatkan lagi rasa syukur serta ketakwaan kepada ALLAH," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!