Agih sumbangan al-Quran kepada pesara polis

Mat Kassim (kiri) memegang senaskah al-Quran terjemahan dan Hashim (kanan) sebagai simbolik penyampaian 1,000 naskah al-Quran ketika Program Wakaf Quran anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di Bukit Beruang di sini, hari ini.
Mat Kassim (kiri) memegang senaskah al-Quran terjemahan dan Hashim (kanan) sebagai simbolik penyampaian 1,000 naskah al-Quran ketika Program Wakaf Quran anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di Bukit Beruang di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Polis Melaka akan mengagihkan sebahagian sumbangan 1,000 naskhah al-Quran yang diterima menerusi Program Wakaf Quran kepada pesara- pesara polis bagi menyemarakkan dan membudayakan membaca kitab suci itu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kassim Karim berkata, sebahagian al-Quran yang diterima akan diberikan kepada pesara polis atau balu mereka sebagai berkongsi rezeki bersama individu yang pernah berkhidmat dan berjasa dalam badan beruniform ini.

"Sebahagian lagi akan diagihkan kepada anggota dan pegawai polis di negeri ini bersama sumbangan berbentuk makanan.

"Itu yang akan kita lakukan dalam program memberi sedekah keperluan asas kepada golongan itu, kita selitkan bersama satu al- Quran," katanya.

Mat Kassim berkata demikian selepas Program Wakaf Quran Mu'Jam yang digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini semalam.

Hadir sama, Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang; Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Sharul Lalli Masduki dan Pengurus Besar Book2U Sdn Bhd, RJ Shahfaizal Khairudin.

Tambah Mat Kassim, pihaknya menghargai dan menyambut baik program wakaf al-Quran seumpama ini dan berharap anggotanya dapat bersama mencari peluang menghayati al-Quran dalam kesibukan menjalankan tugas lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.

"Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita dapat sumbangan pakaian perlindungan diri (PPE), topeng muka dan cecair pembasmi kuman dan kelainan sumbangan kali ini kita menerima al-Quran untuk kita sama-sama menghayatinya.

Artikel Berkaitan:

"Dalam masa sama kita juga berdoa semoga wabak koronavirus (Covid-19) dapat ditangani dan dapat kita berhari raya tanpa sebarang gangguan, insya-ALLAH," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!