Angka kematian Covid-19 di Asia cecah 10,000
PARIS - Angka kematian akibat wabak Covid-19 di Asia melepasi 10,000 semalam, hampir separuh daripada kematian di China, menurut laporan AFP yang dikumpulkan dari sumber rasmi pada jam tujuh petang (waktu tempatan).
Dengan sejumlah 10,001 kematian dan 269,025 jangkitan, Asia mempunyai jumlah yang jauh lebih rendah daripada Eropah, yang mencatatkan 151,576 kematian, atau Amerika Syarikat dan Kanada dengan 79,328.
China yang secara rasmi mencatatkan 4,633 kematian hanya melaporkan satu kematian baru dalam tiga minggu terakhir, sementara negara-negara Asia yang paling teruk dilanda seterusnya adalah India dengan 1,783 kematian dan Indonesia, 930 kes.
Virus itu telah membunuh 266,919 orang di seluruh dunia. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!