Hakim arah kedai senjata api dibuka semula

Seorang lelaki menyusun raifal di kedainya selepas hakim membenarkan premis menjual senjata api beroperasi di tengah-tengah pandemik Covid-19. - Agensi
Seorang lelaki menyusun raifal di kedainya selepas hakim membenarkan premis menjual senjata api beroperasi di tengah-tengah pandemik Covid-19. - Agensi
A
A
A

BOSTON - Seorang hakim persekutuan di Amerika Syarikat (AS) mengarahkan semua premis menjual senjata api di negeri Massachusetts dibuka semula selepas dilarang beroperasi sepanjang pelaksanaan perintah lockdwon.

Perniagaan senjata api antara sektor tidak penting (non-essentials) yang diarah tutup sepanjang perintah berkurung bertujuan memperlahankan penularan koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, arahan Gabenor Charlie Baker itu dicabar di mahkamah oleh pemilik perniagaan dan kumpulan pelobi yang berhujah bahawa peraturan tersebut melanggar Pindaan Kedua Perlembagaan AS yang melindungi dan menjamin hak rakyat untuk memiliki senjata api.

Keputusan Hakim Douglas Woodlock semalam secara langsung memberi kemenangan kepada Persatuan Raifal Kebangsaan (NRA) yang sentiasa menentang sebarang kawalan dan cadangan untuk perubahan.

Ia juga menjadi keputusan pertama di AS yang memerintahkan premis senjata api dibuka semula di tengah-tengah wabak Covid-19.

Sebelum ini, seorang hakim di Los Angeles menolak permohonan serupa oleh pelobi senjata api di California.

Woodlock memutuskan bahawa premis senjata api di seluruh Massachusetts dibuka bermula esok.

Namun, orang ramai diminta mengikut langkah pencegahan seperti penjarakan sosial dan memakai topeng muka ketika berada di dalam premis senjata api.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, peningkatan jangkitan Covid-19 di AS menyebabkan permintaan ke atas senjata api meningkat secara drastik.

Perniagaan senjata api dianggap sektor penting di Texas, Ohio dan Michigan.

Namun, negeri lain seperti New Jersey dan New York yang terjejas teruk akibat Covid-19 mengambil langkah bertentangan. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!