Covid-19: Jumlah kes positif di Indonesia lepasi 13,000
JAKARTA - Sebanyak 13 kematian lagi berlaku dalam tempoh 24 jam di Indonesia menjadikan angka korban akibat koronavirus (Covid-19) di negara itu meningkat kepada 943 kes.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, jumlah kes positif pula meningkat kepada 13,112 kes, iaitu tambahan 336 kes baharu.
"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 113 pesakit sembuh, menjadikan jumlah yang sembuh sehingga kini berjumlah 2,494 orang," katanya.
Menurut Achmad Yurianto, sebanyak 29,087 pesakit masih berada dalam pengawasan virus itu.
Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 424 kes diikuti Jawa Timur (138 kes), Jawa Barat (92) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.-Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!