Imarah al-Quran sepanjang Ramadan

Ahmad Tarmizi menerapkan amalan bersahabat dengan al-Quran kepada anak-anaknya sejak kecil.
Ahmad Tarmizi menerapkan amalan bersahabat dengan al-Quran kepada anak-anaknya sejak kecil.
A
A
A

SHAH ALAM – Mengimarahkan al-Quran sepanjang bulan Ramadan adalah amalan paling utama dilakukan oleh johan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 2010 dan 2016, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Beliau berkata, kehidupan sehariannya banyak dihabiskan dengan al-Quran sama ada menerusi kelas al-Quran atau terlibat dengan mana-mana program televisyen yang berkaitan dengan al-Quran.

“Banyak masa saya terisi dengan al-Quran. Sepanjang Ramadan, setiap kali selesai solat fardu, saya akan wajibkan diri untuk membaca al-Quran sama ada satu atau dua muka surat,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, dia berasa sangat tenang dan urusannya juga dipermudahkan apabila ‘bersahabat’ serta mengutamakan al-Quran dalam kehidupan seharian, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Sementara itu, katanya, beliau turut melatih anak lelaki sulung, Ahmad Thaqeef Humaidi yang berusia 9 tahun untuk menjadi imam.

“Disebabkan kami sekeluarga menunaikan solat tarawih di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya berusaha melatih anak sulung menjadi imam untuk rakaat terakhir solat tarawih dan dua rakaat solat witir.

“Ia sebagai latihan untuk memberi keyakinan kepadanya menjadi imam dan sehingga ke hari ini dia sangat bersemangat,” katanya.

Ahmad Tarmizi juga berkongsi, beliau akan mempraktikkan 10 Ramadan terakhir dengan aktiviti sedekah atau berinfak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!