148,432 premis guna aplikasi SELangkah kesan Covid-19

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 148,432 premis perniagaan di Selangor menggunakan aplikasi SELangkah sehingga semalam bagi memudahkan urusan pengesanan kontak kes koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat ini terdapat syarikat besar dan syarikat antarabangsa yang beroperasi di negeri ini turut menggunakan aplikasi SELangkah di premis masing-masing.

"Antara syarikat yang besar antaranya SP Setia Berhad, kedai serbaneka harian 7-Eleven, rangkaian kafe Coffee Bean and Tea Leaf di Selangor.

"Ini menunjukkan sistem yang dibangunkan mendapat kepercayaan yang penuh," katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Al-Quran Wakaf Yayasan Restu kepada Frontlines dan Pusat Kuarantin Covid-19 Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini hari ini.

Selangor memperkenalkan SELangkah iaitu sistem pendaftaran keluar masuk individu ke premis perniagaan atau jabatan kerajaan bagi menjejak jangkitan Covid-19.

SELangkah bertujuan melindungi premis perniagaan, pelanggan dan pasukan barisan hadapan dengan mudah dan pantas.

Ia menggunakan konsep yang sama seperti penggunaan buku pendaftaran manual di premis perniagaan tetapi diubahsuai secara digital.

Pemilik premis diminta mencetak dan mempamer kod QR di tempat perniagaan masing-masing melalui portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my, manakala pelanggan pula perlu mengimbas kod QR tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!