Turki kenakan perintah berkurung dua hari

Gambar hiasan. - Foto AP
Gambar hiasan. - Foto AP
A
A
A

ANKARA - Turki sekali lagi mengenakan perintah berkurung dua hari di 24 wilayah bermula tengah malam semalam untuk mengekang penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.

Wilayah itu termasuk Ankara serta Adana, Balikesir, Bursa, Denizli, Diyarbakir, Eskisehir, Gaziantep, Istanbul, Izmir, Kahramanmaras, Kayseri, Kocaeli, Konya, Manisa, Mardin, Ordu, Sakarya, Samsun, Sanliurfa, Tekirdag, Trabzon, Van dan Zonguldak.

Bagaimanapun, warga emas berusia lebih 65 tahun dibenarkan keluar rumah pada 10 Mei antara jam 11 ​​pagi dan 3 petang waktu tempatan (0800-1200GMT) dengan syarat patuhi penjarakan sosial serta memakai penutup hidung dan mulut.

Kanak-kanak di bawah umur 14 tahun pula dibenarkan keluar pada 13 Mei masa yang sama, manakala remaja 15 hingga 20 tahun boleh keluar rumah pada 15 Mei.

Turki sebelum ini mengenakan peraturan duduk di rumah untuk mereka berusia lebih 65 tahun pada 21 Mac, sementara mereka di bawah umur 20 tahun sejak 3 April.

Sehingga Jumaat, Turki mencatatkan sejumlah 3,689 kematian akibat Covid-19, lebih 86,300 pesakit sembuh dan 135,569 kes positif. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!