11 ejen rahsia AS dijangkiti Covid-19
WASHINGTON - Seramai 11 ejen rahsia Amerika Syarikat (AS) dijangkiti Covid-19, memetik Yahoo News pada Jumaat, lapor agensi berita Anadolu.
Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS), seramai 23 petugas agensi penguat kuasa undang-undang yang dijangkiti sebelum ini sudah sembuh.
Seramai 60 lagi pekerja masih dikuarantin. Tidak dapat dipastikan sama ada Presiden Donald Trump atau Naib Presiden Mike Pence mempunyai kontak rapat dengan ejen berkenaan.
Agensi di bawah DHS itu bertanggungjawab melindungi pemimpin negara dan ketua negara yang melawat AS.
Pada Jumaat, Trump berkata jurucakap Pence, Katie Miller dan isteri penasihat kanan Stephen Miller juga disahkan dijangkiti Covid-19.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!