Pergerakan rentas negeri lancar, semua patuhi SOP

Keadaan semasa aliran trafik di Lebuh Ayer Keroh menuju Plaza Tol Ayer Keroh kelihatan sesak ketika tinjauan pada hari ketiga Pergerakan Rentas Negeri Bagi Pemohon Gerak Malaysia hari ini. - Foto Bernama
Keadaan semasa aliran trafik di Lebuh Ayer Keroh menuju Plaza Tol Ayer Keroh kelihatan sesak ketika tinjauan pada hari ketiga Pergerakan Rentas Negeri Bagi Pemohon Gerak Malaysia hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pergerakan rentas negeri yang dilaksanakan sejak kelmarin berjalan dengan baik apabila tiada individu dilaporkan melanggar arahan atau prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, malah aliran lalu lintas juga berjalan lancar semalam dan hanya di satu dua tempat berdekatan Gua Musang, Kelantan dilaporkan terdapat sedikit kesesakan akibat sekatan jalan raya.

Bagaimanapun menurutnya, ia berjaya diselesaikan dengan baik oleh pihaknya.

"Selain itu, pematuhan pemandu dan ahli keluarga juga amat tinggi.

"Ini dapat dilihat apabila pemantauan di kawasan rawat dan rehat (R&R) mereka mengamalkan pematuhan ini termasuk ketika menggunakan tandas," katanya pada sidang akhbar harian (Non-Health) di sini hari ini.

Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.
 -Foto Bernama
Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.
 -Foto Bernama

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata, pihaknya memberi sebanyak 76,537 kebenaran melalui aplikasi Gerak Malaysia dan 2,220 kebenaran melalui borang manual bagi pergerakan rentas negeri untuk mereka yang terkandas di Perak, Johor dan Kelantan yang ingin pulang ke kediaman masing-masing di negeri-negeri lain.

"Apabila saya sebut negeri-negeri lain, ia bukan saja bermakna di Kuala Lumpur tetapi negeri-negeri lain.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai contoh, mereka mungkin dari Johor tetapi bekerja di Pulau Pinang, jadi boleh teruskan perjalanan sehingga ke Pulau Pinang.

"Ini kerana dalam permohonan mereka ada lokasi yang dituju, bukan Kuala Lumpur saja tetapi negeri-negeri lain juga boleh tetapi perjalanan adalah sehala," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!