Kluster baharu Covid-19 di tapak pembinaan Setia Alam

Gambar hiasan - Foto: 123RF
Gambar hiasan - Foto: 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster baharu yang melibatkan pekerja warganegara Bangladesh di sebuah tapak pembinaan di Setia Alam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 12 pekerja didapati positif koronavirus (Covid-19) hasil saringan kontak rapat pesakit tersebut setakat ini.

Jelas beliau, kluster tersebut telah dikesan pada 6 Mei apabila menerima notifikasi dari sebuah hospital swasta.

"Hospital tersebut telah menjalankan saringan Covid-19 ke atas pekerja-pekerja yang bakal kembali bertugas dan mendapati tiga kes disahkan positif Covid-19 daripada lima orang pekerja yang telah disaring.

"Ketiga-tiga kes positif tersebut merupakan warga Bangladesh yang berkongsi tempat kediaman yang sama dengan 18 orang lain.

"Susulan itu, siasatan dan saringan bagi kontak rapat ketiga-tiga kes tersebut telah dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga jam 12 tengah hari, hari ini, seramai 28 orang telah disaring untuk Covid-19.

"Daripada jumlah keseluruhan itu, sebayak 12 kes didapati positif di mana kesemua kes-kes itu adalah merupakan warganegara Bangladesh manakala sembilan kes pula didapati negatif dan tujuh kes masih menunggu keputusan.

Artikel Berkaitan:

"Punca jangkitan masih kluster ini juga masih di dalam siasatan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!