Covid-19: 959 kematian direkod di Indonesia

Seramai 16 lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.
Seramai 16 lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.
A
A
A

JAKARTA - Seramai 16 lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kematian akibat koronavirus (Covid-19) di Indonesia meningkat kepada 959 kes manakala kes positif kini seramai 13,645.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh jam 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, berlaku pertambahan 533 kes baharu manakala 113 pesakit telah sembuh menjadikan mereka yang sembuh kini 2,607 orang.

"Seramai 29,690 pesakit masih berada dalam pengawasan virus itu," katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 427 kes diikuti Jawa Timur (141 kes), Jawa Barat (95) dan selebihnya dari wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!