Maritim tahan 9 nelayan tangguk gamat

Ismail (kiri) menunjukkan gamat yang ditangkap nelayan Vietnam di perairan negara.
Ismail (kiri) menunjukkan gamat yang ditangkap nelayan Vietnam di perairan negara.
A
A
A

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan menahan sembilan warga Vietnam yang menaiki dua bot dipercayai melakukan aktiviti menangkap gamat di perairan negara, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, nelayan itu ditahan pada jarak 42 dan 43.5 batu nautika dari Kuala Tok Bali dari jam 8 hingga 8.30 pagi semalam.

“Di kedua-dua bot itu kita menahan tujuh nelayan Vietnam yang berusia dari 27 hingga 53 tahun kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot itu khusus untuk menangkap gamat dengan menggunakan tangguk besi yang dilarang di negara ini kerana ia memusnahkan kawasan pembiakan ikan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Maritim Kelantan di Tok Bali hari ini.

Menurutnya, terdapat kira-kira 50 kilogram gamat dalam kedua-dua bot berkenaan yang bernilai dari RM10 hingga RM18 sekilogram.

“Nilai kedua-dua bot dengan hasil tunggakan dan peralatan menangkap gamat lebih RM800,000, kes ini disiasat di bawah Seksyen 16(1)(a) Akta Perikanan 1985.

“Aset Maritim berdepan angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak sehingga 3’5 meter tinggi dalam perjalanan membawa bot-bot berkenaan ke Jeti Maritim di Tok Bali,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!