340 keluarga di Felda Kepis terima sumbangan raya

Penyelaras DUN Senaling, Md Rais Basiron (dua dari kanan) menyerahkan sekampit beras kepada salah seorang ketua blok sebagai gimik penyerahan bantuan.
Penyelaras DUN Senaling, Md Rais Basiron (dua dari kanan) menyerahkan sekampit beras kepada salah seorang ketua blok sebagai gimik penyerahan bantuan.
A
A
A

KUALA PILAH - Kesemua 340 keluarga di Felda Kepis di sini hari ini menerima sumbangan makanan kering sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Kepis, Hamzah Baharom berkata, sumbangan kali ini berbeza daripada sebelum ini di mana kesemua penduduk menerimanya.

"Sebelum ini hanya beberapa kategori yang menerima bantuan seperti asnaf, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal.

"Alhamdulillah, kali ini semua penduduk menerimanya tambahan pula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai di kalangan peneroka tidak dapat ke ladang dan ini sedikit sebanyak menjejaskan sumber pendapatan mereka,” katanya.

Beliaua ditemui pada majlis itu yang disempurnakan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Senaling, Md Rais Basiron.

Sementara itu, Md Rais berkata, sumbangan itu dikumpulkan di pejabat JKKR terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada ketua setiap blok seramai 15 orang untuk diagihkan.

"Pendekatan ini diambil bagi mengelakkan masyarakat daripada berkumpul di sini selain mengutamakan penjarakan sosial. Sumbangan hari ini adalah kali ketiga sepanjang PKP.

“Sumbangan pertama melibatkan seramai 160 orang penerima di kalangan generasi kedua (anak peneroka) serta yang tidak dapat pulang ke tempat mereka bekerja akibat PKP.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, sumbangan kedua membabitkan 30 orang terdiri dari pekerja yang terjejas akibat PKP," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!