Warga emas lemas motosikal masuk parit

Warga emas maut motosikal terbabas masuk ke dalam parit di Parit Buntar hari ini. - Foto Ihsan Pembaca
Warga emas maut motosikal terbabas masuk ke dalam parit di Parit Buntar hari ini. - Foto Ihsan Pembaca
A
A
A

PARIT BUNTAR - Seorang lelaki warga emas maut akibat lemas selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam parit di KM1, Jalan Titi Serong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, Hasnom Baharum Ismail, 68, yang juga pesara kerajaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam perjalanan ke arah Pekan Titi Serong.

“Setibanya di tempat kejadian, dipercayai mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke dalam parit sebelah kiri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah Asphyxia Secondary to Drowning.

”Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengetahui punca sebenar kemalangan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!