Tidak iktiraf kerajaan: UMNO persoal kenyataan bersama Anwar, Tun M

Shahril Sufian Hamdan.
Shahril Sufian Hamdan.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mempersoalkan kenyataan bersama yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengiktiraf kerajaan pada hari ini.

Menurut Sharil, tuduhan terhadap kerajaan hari ini sebagai ‘kerajaan pintu belakang’ pernah didengari sebelum ini namun ini kali pertama mereka berdua menuduh secara keras dan jelas sebagai kerajaan tidak diiktiraf.

“Kerajaan pintu belakang kita dah dengar. Tapi kali pertama mereka sebut 'tidak iktiraf' secara keras dan jelas. Nak tanya satu sahaja.

"Bila keluar kenyataan sebegini, ada atau tidak kesedaran yang pilih Perdana Menteri, yang selesaikan krisis akibat peletakan jawatan PM7 tempoh hari, yang temuduga setiap ahli Parlimen, yang memelihara keluhuran Perlembagaan, yang selama seminggu setiap hari menggunakan kebijaksanaan sebelum membuat keputusan, siapa?

“Jadi, kalau bukan sekadar tidak setuju (dengan) keputusan tetapi apabila sudah sehingga sebut tidak iktiraf kerajaan hari ini, sebenarnya tidak iktiraf siapa?” soal Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO dalam satu catatan menerusi Facebooknya malam tadi.

Terdahulu, Pakatan Harapan (PH) memuktamadkan prinsip tidak mengiktiraf kerajaan sekarang ini dan disebut Anwar serta Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ia terbentuk hasil daripada perbuatan khianat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir, Anwar tidak iktiraf kerajaan hari ini

Kenyataan yang menggandingkan nama kedua-dua pemimpin parti berkenaan dibuat sempena menyambut dua tahun kejayaan PH menumbangkan Barisan Nasional (BN) iaitu pada 9 Mei 2018 semalam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!