Jika tak ikhlas, kerajaan tidak isytihar elaun Covid-19

Musa Hassan
Musa Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Bukan soal tidak ikhlas, tetapi proses tuntutan elaun khas petugas barisan hadapan yang berkhidmat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wajar dilakukan dengan teliti.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pengumuman elaun khas tersebut tidak akan diisytiharkan jika kerajaan tak ikhlas untuk beri elaun tersebut.

Menurutnya, dalam isu kerenah birokrasi yang dibangkitkan, para petugas perlu memahami ia sebagai satu proses dalam masa sama, ketua-ketua setiap jabatan perlu turut memainkan peranan membantu melancarkan proses tuntutan tersebut.

"Elaun khas ni memang mereka kena mohon. Jadi ketua setiap jabatan kena percepatkanlah untuk mereka dapat elaun ini kerana kebajikan pegawai dan anggota bertugas perlu dijaga dengan memastikan mereka memperoleh elaun khas yang dijanjikan dengan segera.

"Kena lihat semula arahan yang diberikan. Mesti ada arahan-arahan tertentu untuk buat tuntutan elaun ini. Adakah dia mengikut arahan-arahan tersebut?

"Bagi saya, peringkat tertinggi kena melihat (agar) elaun ini dipercepatkan bayarannya kepada pegawai-pegawai yang telah menjalankan tugas kerana mereka telah menjalankan tugas. Jadi seperti dijanjikan, perlu diberi dengan betul," katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak ikhlas nak bagi elaun!

'Kami bukan tidak bersyukur...'

Artikel Berkaitan:

Susah 'claim' elaun: Bukit Aman bincang dengan kontinjen negeri

Beliau berkata, proses tuntutan dengan lampiran dokumen-dokumen yang dinyatakan adalah wajar bagi mengelakkan berlaku penipuan.

Justeru katanya, para petugas diingatkan agar lebih bersabar memastikan elaun khas benar-benar sampai kepada mereka yang berhak sahaja.

"Kadang-kadang terlalu ramai petugas, makan masa lama juga untuk buat tuntutan kerana banyak kertas kerja.

"Ia memang satu keperluan sebagai proses kerana kita tidak mahu ada penipuan dan penyelewengan apabila orang tak buat kerja tapi buat tuntutan.

"Perkara itu juga perlu dikaji kerana penipuan tuntutan juga boleh dituduh di mahkamah. Kalau pegawai itu luluskan tanpa semak, pegawai tu pun boleh kena (dakwa)," katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan rungutan petugas barisan hadapan antaranya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berdepan kerenah birokrasi yang melambatkan proses tuntutan elaun khas RM200 diumumkan kerajaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!