Dua nelayan ditahan lalok dalam rumah

Peralatan menghisap dadah dan dadah yang dirampas dari dua nelayan tersebut.
Peralatan menghisap dadah dan dadah yang dirampas dari dua nelayan tersebut.
A
A
A

KEPALA BATAS - Dua nelayan ditahan di sebuah rumah di Jalan Rantau Panjang di sini selepas polis menjumpai dadah dipercayai jenis syabu dan heroin, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kedua-dua lelaki berusia 35 dan 42 tahun itu ditahan pada jam 6 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis menjumpai 21.3 gram disyaki heroin dan 0.6 gram syabu.

"Dadah yang bernilai RM1,200 dipercayai untuk kegunaan sendiri manakala ujian saringan air kencing mereka positif morfin dan syabu. Selain dadah, polis turut merampas peralatan dipercayai untuk menghisap dadah.

"Kedua-dua suspek direman seminggu sehingga 16 Mei ini untuk siasatan lanjut. Ingin saya mengingatkan bahawa polis sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik yang berterusan secara agresif ke atas pengedar dadah di daerah ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat mengikut Sesyen 39B, Seksyen 39A(2), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!