PM umum PKPB dilanjut hingga 9 Jun

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan perutusan khas yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan, hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan perutusan khas yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tamat Khamis ini dilanjutkan sehingga 9 Jun depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan untuk lanjutan PKPB selama sebulan lagi itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Ini bermakna, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuat kuasa sehingga 9 Jun 2020.

"Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa," katanya dalam Perutusan Khas hari ini.

PKPB mula dilaksanakan 4 Mei lalu dan kebanyakan sektor telah dibenarkan beroperasi namun perlu mematuhi SOP ditetapkan.

Penetapan PKPB juga menyaksikan tiada lagi larangan perjalanan selepas jam 10 malam atau pergerakan rentas daerah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!