'Saya minta maaf balik raya di kampung tak dibenarkan'
PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan perjalanan merentasi negeri sehingga 9 Jun atau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi menyambut perayaan tidak dibenarkan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, buat masa ini terdapat beberapa perayaan terdekat seperti Hari Raya Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai.
"Saya minta maaf demi menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat negara ini, perjalanan pulang ke kampung tidak dibenarkan. Saya tahu ramai yang bersedih tidak dapat berhari raya bersama keluarga.
"Bersabarlah, bila keadaan pulih, bolehlah pulang menziarahi ibu bapa dan sanak-saudara," katanya pada Perutusan Perdana Menteri di sini hari ini.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!