Pemilik pangsapuri kecualikan bayaran sewa

Mario Salerno -Foto NBC
Mario Salerno -Foto NBC
A
A
A

BROOKLYN - Seorang pemilik bangunan pangsapuri mengecualikan bayaran sewa pada bulan Mei untuk 200 penyewanya di Brooklyn, New York.

Menerusi NBC News, Mario Salerno yang memiliki 18 bangunan pangsapuri memahami betapa sukarnya situasi kewangan penyewa terutama semasa penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Mario menampal notis di pintu depan bangunan pangsapuri yang memberitahu berita baik itu kepada penyewanya yang terletak di Greenpoint dan Williamsburg di Brooklyn.

Segelintir penyewa menghantar mesej kepada beliau dengan mengatakan bahawa mereka tidak mampu membayar sewa.

Tiga penyewanya yang berasal dari Ireland telah mengemas barang mereka dan pulang ke negara asal.

Mario berkata, beliau tidak kisah kehilangan pendapatannya kerana asalkan penyewanya berada dalam keadaan selamat dan sihat.

“Keprihatinan saya adalah kesihatan semua penyewa. Saya menyuruh mereka berhati-hati dan menjaga jiran serta memastikan bahawa setiap orang mempunyai makanan di atas meja mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!