'Saya tidak terima bayaran daripada Jakel'
ALOR SETAR - Badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Pembangunan Masyarakat Malaysia menafikan pihaknya menerima bayaran daripada Jakel seperti didakwa netizen di media sosial.
Pengasasnya, Muhammad Haiqal Hazani Abdullah berkata, kisah keprihatinan Jakel yang dikongsikan sebelum ini adalah daripada diri beliau sendiri dan tidak membabitkan Yayasan Pembangunan Masyarakat Malaysia.
Menurutnya, beliau berharap netizen tidak salah faham dan membuat tuduhan sebarangan bahawa Yayasan Pembangunan Masyarakat Malaysia ada menerima bayaran daripada Jakel untuk mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Saya nafi yayasan ada menerima bayaran seperti dikatakan netizen di media sosial untuk bercakap sedemikian.
"Sebelum ini, saya tampil bersuara mewakili diri sendiri tanpa membabitkan yayasan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Sebelum ini, Muhammad Haiqal tampil berkongsi keprihatinan Jakel kepada masyarakat yang tidak diketahui umum disebabkan sedih mendengar situasi berlaku.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!