Tragedi Ramadan: Suami isteri maut kemalangan

Sebuah kereta Toyota Caldina terbabas di Kilometer 20.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Kulai, Johor hari ini. Gambar kanan: Anggota bomba mengeluarkan pasangan suami isteri yang tersepit di tempat duduk pemandu selepas terlibat kemalangan di Kilometer 20.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Kulai, Johor hari ini.
Sebuah kereta Toyota Caldina terbabas di Kilometer 20.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Kulai, Johor hari ini. Gambar kanan: Anggota bomba mengeluarkan pasangan suami isteri yang tersepit di tempat duduk pemandu selepas terlibat kemalangan di Kilometer 20.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Kulai, Johor hari ini.
A
A
A

KULAI - Sepasang suami isteri meninggal dunia manakala dua anaknya cedera selepas kereta yang dinaiki terlibat kemalangan di Kilometer 20.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 10.53 pagi itu, Herry Mohd Ali, 43, yang memandu kereta Toyota Caldina dan isteri, Khairrunisa Azman, 34, yang duduk di kerusi penumpang hadapan terkorban.

Sementara dua anak mereka, Anas Ayyash, 6, dan Ahmad Huzaifah, 4, yang duduk di kerusi penumpang bahagian belakang cedera.

Kemalangan tersebut dipercayai berpunca apabila kereta yang dipandu mangsa terbabas sebelum pasangan berkenaan tersepit di tempat duduk masing-masing.

Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai dengan sebuah jentera Unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Kanan I Bakhtiar Selamat berkata, dua kanak-kanak itu dikeluarkan dengan menggunakan Road Traffic Accident (RTA) iaitu peralatan untuk menyelamat ketika kemalangan.

"Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Kulai dengan menggunakan jentera EMRS manakala dua lagi mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pasangan tersebut berjaya dikeluarkan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.21 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!