Syawal bukan soal baju baharu atau konvoi semata-mata: PU Azman

Paparan Twitter PU Azman tular dI laman sosial.
Paparan Twitter PU Azman tular dI laman sosial.
A
A
A

WALAUPUN sambutan Aidilfitri tahun ini tidak seperti tahun sebelumnya kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PU Azman atau nama sebenarnya Azman Shah Alias menyifatkan Aidilfitri tetap perlu disambut dengan penuh kesyukuran.

Menerusi Twitter rasminya, PU Azman berkata, Syawal bukanlah soal baju baharu atau konvoi semata-mata, namun ia melibatkan soal hati untuk terus mengagungkan ALLAH.

"Raya adalah soal hati yang berhubung dengan ALLAH. Tidak ada mana-mana virus pun yang boleh menghalang jiwa mukmin untuk membesarkan ALLAH," ciapnya menarik perhatian ramai.

Perkongsian itu sedikit sebanyak memberi kelegaan dan semangat buat netizen yang bersedih berjauhan menyambut Aidilfitri daripada keluarga ekoran PKP.

Kata Farah, "Raya puasa ni hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berjuang melawan hawa nafsu. Semoga lepas habis Ramadan pun kita kekal istiqamah dalam menjalankan ibadah. Terima kasih Cik Man atas kata-kata yang indah."

Ujar Asiah, "Betul Cik Man. Kita duduk la rumah dulu raya tahun ni. Insya-ALLAH ada jodoh bertemu la kita mana-mana jua."

Zakuan pula memberitahu, walaupun suasana Aidilfitri berbeza, namun pemakaian baju baharu pada 1 Syawal adalah digalakkan kerana perkara sunat dan merasai kemenangan berpuasa sebulan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!