Idris Jusoh dilantik Pengerusi Felda

Idris Jusoh
Idris Jusoh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Pengerusi Felda yang baharu.

Melalui satu kenyataan dikeluarkan, pelantikan berkenaan adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Mei 2020 hingga 30 April 2022.

"Selaras dengan perenggan 15(2)(a), Akta Pembangunan Tanah 1956, Perdana Menteri, selaku Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda telah melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Pengerusi Felda," kata kenyataan itu hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!