Budak perempuan dikhuatiri lemas jatuh parit

Pihak bomba melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat sejauh 1.5 kilometer di sepanjang tempat kanak-kanak itu terjatuh.
Pihak bomba melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat sejauh 1.5 kilometer di sepanjang tempat kanak-kanak itu terjatuh.
A
A
A

PAGOH - Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Kampung Parit Bugis, Panchor, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6.22 petang itu, S Priaangka, 10, dilihat terjatuh ke dalam parit di kampung berkenaan sebelum hilang.

Berikutan itu tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh dengan sebuah jentera Ligght Fire Rescue Tender (LRFT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Pemangku Ketua BBP Pagoh, Penguasa Bomba Kanan 1 Nizam Ridhuan berkata, pihaknya melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat sejauh 1.5 kilometer di sepanjang tempat kanak-kanak itu terjatuh.

"Usaha mencari dan menyelamat kanak-kanak tersebut masih dilakukan sehingga malam ini dan mangsa masih belum ditemukan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!