56 hari jalani PKP di Taman Negara

Harry memilih pulang semula selepas 56 hari berada di Taman Negara. - Foto ihsan Afzal
Harry memilih pulang semula selepas 56 hari berada di Taman Negara. - Foto ihsan Afzal
A
A
A

JERANTUT - Ahli perniagaan Jerman, Thomas Harry, 54, yang terkandas di Taman Negara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memilih pulang ke negara kelahirannya selepas terkandas selama 56 di sini.

Harry satu-satunya pelancong asing yang memilih tinggal di Taman Negara sepanjang PKP mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Dia berada di pusat pelancongan terkenal itu pada 16 Mac dan menetap di Greenland Guesthouse milik Afzal Abdul Aziz, 42, sepanjang tempoh tersebut.

Harry bersama Afzal yang turut menghantar pelancong Jerman itu ke Kuala Lumpur hari ini. - Foto ihsan Afzal
Harry bersama Afzal yang turut menghantar pelancong Jerman itu ke Kuala Lumpur hari ini. - Foto ihsan Afzal



ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong Jerman pilih tinggal di Taman Negara hingga tamat PKP

"Terima kasih atas layanan baik dan bantuan yang diberikan oleh pemilik chalet dan semua pihak yang banyak membantu selama ini.

"Banyak kenangan di sini tetapi saya gembira kerana dapat kembali dan berjumpa ahli keluarga semula," katanya yang akan ke Belanda sebelum kembali ke Jerman.

Sementara itu Afzal memberitahu, beliau sendiri menghantar Harry pulang ke Kuala Lumpur dan bertolak dari Kuala Tahan pada jam 8 pagi tadi selepas mengikuti semua prosedur dan mendapat kebenaran polis.

"Semuanya sudah selesai dan Harry pun dapat kembali semula ke pangkuan keluarganya selepas sekian lama terpisah kerana PKP," katanya

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!