'Negara perlukan bola sepak'

Ramos - Foto: Getty Images
Ramos - Foto: Getty Images
A
A
A

“Negara ini perlukan bola sepak,” Itu reaksi kapten skuad kebangsaan Sepanyol dan Real Madrid, Sergio Ramos yang menyifatkan bola sepak sebagai medium penting dalam pertumbuhan ekonomi negara berkenaan.

Ramos berkata, peminat bola sepak Sepanyol juga pasti sudah tidak sabar untuk kembali ke stadium apabila saingan La Liga diberitakan akan dimulakan kembali setelah ditangguhkan sejak Mac lalu berikutan pandemik Covid-19.

Malah menurut pemain berusia 34 tahun itu, dia sendiri turut tidak sabar untuk kembali beraksi bersama skuad Los Blancos itu.

“Saya sudah tidak sabar untuk beraksi. Untuk jadikan sainga La Liga ini kembali normal, kita perlu lebih berdisiplin supaya kita dapat menghapuskan virus (Covid-19) ini.

“Saya mahu menghantar mesej ini bagi menyokong semua orang yang telah kehilangan insan tersayang; kita akan berjaya mengharungi (pandemik) ini dan kita perlu untuk bersatu untuk mengharunginya,” katanya.

Untuk rekod, Real Madrid hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Barcelona dengan baki 11 perlawanan ketika saingan La Liga ditangguhkan Mac lalu.

Terdahulu, Presiden La Liga, Javier Tebas mencadangkan agar saingan La Liga boleh dimulakan kembali pada 12 Jun depan; namun ia masih memerlukan kebenaran daripada pihak berkuasa kesihatan.

Sementara itu menurut Ramos biarpun perlu mengharungi saingan liga yang berbeza kelak, namun ia (liga) masih perlu diteruskan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, biarpun janggal, namun ia perlu dibuat mengikut situasi semasa dan berdasarkan peraturan yang telah disediakan seperti mengadakan penjarakan sosial.

“Jerman telah menunjukkan contoh yang perlu kita ikuti apabila saingan Bundesliga bakal kembali bermula pada 16 Mei berbanding saingan La Liga yang akan kembali dengan sesi latihan secara individu dengan penjarakan sosial.

“Apa pun, La Liga yang perlu buat keputusan dan objektif kita adalah untuk muncul juara (La Liga) kali ini” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!