Seorang maut, kapal tentera Iran tertembak kapal lain
TEHRAN - Sebuah kapal pemusnah tentera laut Iran secara tidak sengaja tertembak satu lagi kapal ketika menjalani sesi latihan di Teluk Parsi pada Ahad, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut.
Beberapa lagi cedera, menurut kenyataan jabatan perhubungan awam wilayah Bandar Abbas lapor agensi berita Anadolu.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut sambil mengatakan punca kejadian sedang disiasat.
Laporan awal mendakwa peluru berpandu C-802 Noor dari kapal Jamaran secara tidak sengaja membedil kapal Konarek.
Ketika kejadian terdapat 30 hingga 40 kru berada di dalam kapal Konarek menyebabkan komander kapal maut.
Sumber Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menyifatkan kejadian itu berpunca 'kesilapan manusia'.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!