Ujian saringan Covid-19
PETALING JAYA - Petugas Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sibuk melakukan tugas di pusat saringan yang disediakan ketika tinjauan fotoBERNAMA di sekitar kawasan Pasar Jalan Othman hari ini.
Kawasan itu menjadi kawasan terbaharu yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berkuatkuasa mulai semalam hingga 23 Mei.
Lokasi perintah PKPD kelapan itu melibatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan di kawasan berkenaan.
Pelaksanaan PKPD itu dibuat selepas KKM telah mengesahkan terdapat 26 kes positif Covid-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan terbabit. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!