Covid-19: Pasar Borong Bahau kembali beroperasi esok

Kok Seong mengedarkan topeng muka kepada peniaga Pasar Besar Bahau.
Kok Seong mengedarkan topeng muka kepada peniaga Pasar Besar Bahau.
A
A
A

JEMPOL – Pasar Borong Bahau yang sebelum ini diarahkan tutup untuk kerja-kerja sanitasi awam bagi mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19) akan dibenarkan beroperasi seperti biasa bermula esok.

Exco Kesejahteraan Bandar Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong berkata, keputusan saringan Covid-19 buat kali kedua yang dilakukan terhadap 58 peniaga dan pekerja hari ini juga adalah negatif.

“Jadi saya boleh katakan Pasar Borong Bahau hari ini disahkan bebas daripada Covid-19 sama seperti Pasar Besar Bahau.

“Walaupun sudah bebas Covid-19, tapi kita masih perlu lagi ikut prosedur operasi standard (SOP) keselamatan ditetapkan dan ambil langkah berjaga-jaga,”katanya kepada Sinar Harian.

Kok Seong mengedarkan topeng muka kepada peniaga Pasar Besar Bahau.
Kok Seong mengedarkan topeng muka kepada peniaga Pasar Besar Bahau.

Menurutnya, pemantauan terus dilakukan oleh pihak berkenaan dan peniaga juga diharap dapat memakai topeng muka serta mengamalkan penjarakkan sosial.

Selain itu katanya, operasi perniagaan di sekitar pasar berkenaan turut dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Beliau sebelum itu mengedarkan topeng muka kepada para peniaga di Pasar Besar Bahau.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, Pasar Borong Bahau ditutup lima hari bermula 2 Mei sehingga 6 Mei untuk kerja-kerja sanitasi awam bagi mengekang penularan Covid-19.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!