Malaysia sumbang peralatan perubatan kepada Palestin

Malaysia semalam telah menghantar sumbangan peralatan perubatan kepada Palestin melalui Jordan menggunakan pesawat khas AirAsia.
Malaysia semalam telah menghantar sumbangan peralatan perubatan kepada Palestin melalui Jordan menggunakan pesawat khas AirAsia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia semalam telah menghantar sumbangan peralatan perubatan kepada Palestin melalui Jordan menggunakan pesawat khas AirAsia.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sumbangan itu dilakukan susulan perbincangan antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

“Peralatan ini termasuklah sejuta unit penutup hidung dan mulut, 500,000 unit sarung tangan getah dan 500 unit pelindung muka.

“Moga sumbangan daripada Malaysia ini sedikit sebanyak membantu rakyat Palestin perangi #Covid-19. Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook rasmi beliau hari ini.

Sejumlah 20 rakyat Malaysia di Jordan dan 345 di Goa, India termasuk pelajar di USM Belgaum (Bangalore) dan MSU-IMS akan dibawa pulang menggunakan pesawat sama yang menghantar peralatan perubatan kepada Palestin.

Pesawat itu akan mengambil rakyat Malaysia di Jordan kemudian ke Goa sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!