PRK Cameron Highlands: Exco Melaka kesal dituduh cuba pecah undi Melayu

Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab
Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab
A
A
A

MELAKA – Seorang anggota exco kerajaan negeri Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab kesal dengan tidakan pihak tertentu mengaitkannya dengan calon bebas Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands, Sallehuddin Ab Talib, kononnya untuk cuba memecah undi orang Melayu di kawasan itu.

Mohd Sofi, yang merupakan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Melaka, berkata tuduhan tersebut jelas sekali merendah-rendahkan martabat orang Melayu di Cameron Highlands dan tidak timbul isu pecah undi mana-mana kumpulan kerana demokrasi membenarkan sesiapa pun bertanding.

Beliau berkata Sallehuddin merupakan sepupu yang rapat dengannya dan sebagai seorang ahli politik Mohd Sofi menghormati keputusan Sallehuddin untuk bertanding di kawasan itu selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

"Saya yang dilahir dan dibesarkan di Kampung Lubok Kulit dalam Dun (Dewan Undangan Negeri) Jelai berasa terhina dengan tuduhan ini seolah-olah kami ini tidak matang dan tidak tahu memilih calon yang kami sukai.

"Saya yakin saudara-mara yang ramai di Kampung Lubok Kulit, Beletik, Sungai Koyan, Keledik dan seluruh Dun Jelai turut terhina dengan tuduhan tidak berasas ini. Pengundi di kawasan itu terutama Dun Jelai sudah matang memilih calon yang mereka percaya dan sukai," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut mengesa pihak bertanggungjawab melemparkan tuduhan tersebut untuk meminta maaf atau mungkin berhadapan dengan tindakan mahkamah.

Tular di media sosial sebuah status Facebook individu dengan nama 'Norzalina Mohamad Nor' yang memuat naik gambar Mohd Sofi bersama Sallehuddin dengan tulisan 'Pecahkan Undi Melayu Untuk Menangkan DAP' berserta logo parti DAP serta hashtag #TolakDAPKomunis4P078 dan #BN4P078.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!