NZME tawar RM3 beli syarikat pesaing Stuff

NZME mengumumkan rancangannya untuk mendapatkan Stuff, yang dimiliki oleh syarikat media Australia, Nine. - Foto AGENSI
NZME mengumumkan rancangannya untuk mendapatkan Stuff, yang dimiliki oleh syarikat media Australia, Nine. - Foto AGENSI
A
A
A

WELLINGTON - Syarikat media terbesar New Zealand, NZME menawarkan untuk membeli syarikat pesaing media, Stuff dengan harga NZ$1 (RM3) untuk memulakan semula penggabungan ‘StuffMe’.

Dalam satu kenyataan kepada bursa saham New Zealand hari ini, NZME mengumumkan rancangannya untuk mendapatkan Stuff, milik syarikat media Australia, Nine.

Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Stuff, Sinead Boucher berkata, tawaran itu sesuatu yang mengejutkan berikutan kedua-dua syarikat itu telah mengadakan perbincangan tanpa mencapai perjanjian.

“Kami tidak pasti mengapa NZME mengambil langkah ini kerana pemilik kami telah menyampaikan mesej jelas bahawa tidak akan ada sebarang transaksi. Tiada kesepakatan antara NZME dan Nine,” katanya.

Difahamkan, NZME memiliki New Zealand Herald dan sebilangan stesen radio manakala Nine mengendalikan laman berita popular seperti stuff.co.nz, Wellington’s Dominion Post dan Christchurch Press.

Bulan lalu, NZME mengumumkan 200 kakitangan hilang pekerjaan akibat krisis koronavirus (Covid-19). - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!