Tidak gembira aksi tertutup

Winks percaya sebilangan besar pemain EPL tidak gembira apabila beraksi di gelanggang tertutup ekoran Covid-19.
Winks percaya sebilangan besar pemain EPL tidak gembira apabila beraksi di gelanggang tertutup ekoran Covid-19.
A
A
A

Pemain Tottenham Hotspur, Harry Winks percaya sebilangan besar pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak gembira apabila beraksi di gelanggang tertutup ekoran Covid-19.

Sejak beberapa hari lalu, pihak Liga Perdana merancang menyambung semula saingan EPL di venue berkecuali tanpa kehadiran penonton walaupun seluruh dunia masih dibayangi wabak tersebut.

Begitupun, Winks yang juga tonggak skuad kebangsaan England mengulangi reaksi penjaga gol Spurs, Hugo Lloris yang berasakan sebarang perlawanan akan terjejas teruk tanpa kehadiran penyokong.

“Tentu saja ia (beraksi tanpa penonton) satu kemungkinan dan boleh berlaku. Mungkin ia sesuatu yang tidak dimahukan setiap pemain EPL. Ia situasi yang janggal tanpa kehadiran peminat di stadium.

“Itulah sebabnya mengapa bola sepak dimainkan dan dihayati oleh semua orang, ia demi penyokong. Apabila kami tidak dapat mendengar suara orang ramai, ia akan menjadi situasi yang aneh,” katanya kepada BBC.

Winks pernah mengalami situasi sama ketika England menentang Croatia apabila terpaksa mengharungi perlawanan di stadium tertutup pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!