Tiga restoran kotor, ada najis tikus diarah tutup

Keadaan dalam salah sebuah restoran yang kotor termasuk turut menemui najis tikus.
Keadaan dalam salah sebuah restoran yang kotor termasuk turut menemui najis tikus.
A
A
A

KUALA LANGAT - Tiga restoran di Banting Baru di sini diarah tutup oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) semalam kerana beroperasi dalam keadaan kotor.

Yang Dipertua MPKL, Mohamad Zain A Hamid berkata, keadaan restoran itu dikenal pasti dalam operasi yang diadakan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua premis dalam keadaan kotor selain terdapat najis tikus.

"Pemilik premis tersebut dikenakan tindakan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan UUK 62 Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MDKL) 2007," katanya kepada Sinar Harian.

MPKL mengeluarkan notis penutupan ke atas restoran terlibat.
MPKL mengeluarkan notis penutupan ke atas restoran terlibat.

Menurutnya, walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD), MPKL akan sentiasa memantau restoran dan kedai makan di daerah ini.

"Semua pengusaha makanan perlu sentiasa menjaga kebersihan di premis masing-masing.

"MPKL tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang ingkar dan tidak mematuhi peraturan yang sedia ada," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!