Polis maut selepas lima hari bertarung nyawa

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang konstabel polis meninggal dunia tengah malam tadi selepas hampir lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan di Jambatan Sri Saujana, Khamis lalu.

Mangsa, Muhammad Naim Ahmad Daud, 26, yang bertugas di Balai Polis Presint 7 meninggal dunia pada jam 12.05 tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Yamaha Lagenda dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di lokasi kemalangan pada jam 6.35 pagi.

“Mangsa mengalami kecederaan di lutut, kepala dan tangan dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

"Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada jam 12.05 tengah malam hari ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Zulkefly memaklumkan pada mulanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) akta yang sama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!