Muslim di Tel Aviv tarawih di parkir, jarak 2 meter
TEL AVIV - Penganut beragama Islam di bandar Jaffa, selatan Tel Aviv menarik perhatian saudara seagama di seluruh dunia apabila melaksanakan solat tarawih dengan jarak dua meter.
Menerusi perkongsian dari The National, solat sunat tarawih kali ini dilakukan berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini apabila ia dilakukan di kawasan parkir berhampiran pantai.
Gambar tular di laman sosial itu menunjukkan kira-kira 50 Muslim menunaikan solat tersebut ditemani cahaya lampu berwarna-warni dipasang di sepanjang jalan tersebut.
Ia bagi menerangi lokasi tersebut bagi memudahkan mereka beribadah dan menghidupkan bulan penuh mulia ini.
Walaupun negara dilanda pandemik koronavirus (Covid-19), umat Islam di seluruh dunia terus melaksanakan ibadah demi mencari reda ALLAH SWT.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!