Saya tak kisah kalau dia boleh overtake: Faizal Tahir

Penyanyi, Faizal Tahir
Penyanyi, Faizal Tahir
A
A
A

PENYANYI Jepun, Takaaki Terry, berharap lagu Melayu pertamanya, Konnichiwa Dunia dapat menandingi lagu popular penyanyi Faizal Tahir, Ragaman.

Artis naungan Faithful Music ini juga berharap agar single pertamanya itu mendapat tempat di kalangan peminat Melayu.

"Saya harap lagu Konnichiwa-Dunia boleh menandingi lagu Ragaman dengan keizinan tuhan sekali gus diterima baik oleh peminat muzik di sini," katanya berseloroh.

Di samping Taakaki, Faizal menyambut baik apabila mendengar hasrat penyanyi baharunya itu.

"Saya tak kisah kalau dia boleh overtake Ragaman.

"Tetapi apa yang penting saya harapkan, apa yang terjadi hari ini boleh merapatkan lagi hubungan antara Malaysia dengan Jepun," kata Faizal sambil mengharapkan agar memberi peluang kepada Takaaki.

Terdahulu ketika berucap pada majlis pelancaran lagu dan muzik video, Faizal berkongsi bagaimana dia menjumpai bakat penyanyi Jepun tersebut.

4
4

Artikel Berkaitan:

"Bila nampak anak penyanyi Jepun menyanyikan lagu Assalamualaikum ketika tular di media sosial... perkara itu memang tak dapat dijangkakan.

"Saya terus berminat dan berbincang dengan Warner Music Malaysia untuk melakukan sesuatu tentang projek baharu.

"Jadi, saya pun pergi ke Jepun dengan misi untuk berjumpa dengan dia. Dengan bantuan orang ramai menerusi Twitter dan Instagram, akhirnya saya berjumpa dengan Takaaki.

"Kami berborak mengenai visinya yang mahu mencuba nasib sebagai penyanyi di Malaysia," kata Faizal.

Selepas perbincangan lanjut, Faizal kemudiannya menjemput anak jati Osaka itu terbang ke Malaysia dan mengembangkan bakatnya menerusi lagu ciptaan Takaaki sendiri.

Manakala liriknya diolah bersama Faizal, Mike Chan, Romeo dan Adib Hussin.

Mengenai single Takaaki kini boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer serta iTunes bermula 11 Januari 2019.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!