Anak babi hutan pupus 800 tahun dilahirkan semula
DONEGAL - Spesies anak babi hutan pertama dilahirkan di Ireland setelah dipercayai pupus di kepulauan itu sejak 800 tahun.
Perkara tersebut disahkan Pusat Perlindungan haiwan liar Ireland di Semenanjung Inishowen, Killian McLaughlin, lapor The Irish Post.
McLaughlin yang mengkaji haiwan liar ini berkata, sebanyak enam ekor anak babi hutan telah selamat dilahirkan pada 23 April lalu di pusat perlindungan haiwan Donegal.
Pada Oktober 2019, beliau menubuhkan pusat tersebut dengan niat untuk memperkenalkan semula spesies haiwan lain yang telah pupus, termasuk spesies babi hutan itu yang dipercayai telah dibunuh pada abad ke-12.
McLaughlin berkongsi video ibu babi hutan bernama Tory bersama anak-anak di laman sosial.
"Babi hutan ini sihat dan melahirkan anak yang comel. Tory telah diambil di zoo England.
"Kami sangat gembira untuk menyambut enam anak babi hutan yang membawa kegembiraan keluarga hidupan liar di sini.
"Berita baik untuk menaikkan semangat semua orang!" katanya.
Selain babi hutan, pusat perlindungan itu juga menempatkan beberapa haiwan lain seperti beruang, serigala, rusa, rubah, angsa, itik dan pihak tersebut turut berhasrat membawa serigala.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!