Berat 200kg, pesakit pulang dengan trak

Norazman diangkat ke trak menggunakan katil beroda di Hospital Kuala Krai.
Norazman diangkat ke trak menggunakan katil beroda di Hospital Kuala Krai.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang lelaki yang mempunyai berat badan lebih 200 kilogram terpaksa pulang ke rumah dengan menggunakan trak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Krai kerana tidak mampu ditampung strecher (pengusung) ambulan.

Norazman Othman,42, yang menghidap strok, asma, buah pinggang dan diabetes dihantar pulang selepas dibenarkan keluar hosopital Kuala Krai.

Pegawai APM Kuala Krai, Kapten (PA) Mohd Hanif Omar berkata, Norazman diangkat ke trak menggunakan katil hospital beroda dan dihantar ke Kampung Pangkal Meleret, Machang.

Penghantaran Norazman pulang ke kediamannya dilakukan menerusi menerusi khidmat masyarakt APM.

Hujung tahun lalu APM Kuala Krai turut membantu membawa jenazah penduduk di Kampung Keluat yang meninggal dunia dengan bot setelah feri tidak dapat beroperasi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!