Tedung 'lapar' tersangkut jaring

Seekor ular tedung tersangkut pada jaring di belakang rumah penduduk di Taman Rajawali, Bukit Rotan di sini pagi tadi.
Seekor ular tedung tersangkut pada jaring di belakang rumah penduduk di Taman Rajawali, Bukit Rotan di sini pagi tadi.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor menangkap seekor ular tedung yang tersangkut pada jaring di belakang rumah penduduk dalam kejadian di Taman Rajawali, Bukit Rotan di sini hari ini.

Ketuanya, Penolong Penguasa Bomba Ismail Zakariya berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.37 pagi.

Menurutnya, seramai sembilan anggotanya kemudian ke lokasi dan sejurus tiba mendapati seekor ular tedung sepanjang dua meter tersangkut pada jaring.

"Kita mengambil masa selama kira-kira sejam bagi menangkap ular itu menggunakan penjerut," katanya.

Zakariya berkata, ketika proses tangkapan dilakukan, ular tedung itu dilihat agak agresif berkemungkinan akibat lapar.

"Kita kemudiannya melepaskan reptilia itu ke kawasan hutan yang jauh dari penempatan penduduk," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!