Dua beradik positif Covid-19 di Perak mungkin kes sporadik

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham menjawab pertanyaan media pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham menjawab pertanyaan media pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan dua beradik yang disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) di Perak kelmarin adalah kes sporadik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selepas ujian saringan yang dilakukan mendapati mereka positif wabak itu meskipun dua bulan duduk di rumah.

"Kalau kita lihat (kes) yang telah dikenal pasti ini mungkin kes sporadik.

"Kita dapat kesan (kes dua beradik itu) sebab dia menjalankan ujian sebelum kembali bekerja.

"Jadi kepatuhan kilang tersebut atau individu tersebut yang menjalankan saringan adalah baik sebab kita dapat kenal pasti kes-kes yang sporadik dan kes sporadik (di Malaysia) tidak ramai dan semakin berkurangan," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 kembali aktif di Perak

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes dua beradik tersebut yang didapati positif Covid-19 meskipun hanya berada di rumah dalam tempoh dua bulan.

Terdahulu, KKM semalam mengesan dan melakukan ujian saringan terhadap kontak daripada dua beradik di Perak yang disahkan positif Covid-19.

Artikel Berkaitan:

KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perak kini sedang menjalankan siasatan berhubung punca dua beradik itu dijangkiti wabak berkenaan.

Kes terbaharu itu juga turut membuatkan Perak bukan lagi zon hijau dan dua beradik berkenaan sudah diasingkan untuk rawatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!