Selamat tinggal Ferrari!

Sebastian Vettel
Sebastian Vettel
A
A
A

BEKAS juara dunia Formula Satu (F1), Sebastian Vettel bakal meninggalkan Ferrari pada penghujung tahun ini selepas perbincangan lanjutan kontrak antara kedua-dua belah pihak menemui jalan buntu.

Prinsipal Ferrari, Mattia Binotto berkata, keputusan itu dibuat secara bersama dan disifatkan sebagai 'bukan mudah' dengan mengambil kira status Vettel sebagai seorang pemandu yang hebat.

"Sudah sampai waktunya untuk kami memilih jalan berasingan bagi mencapai objektif masing-masing," katanya dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Ferrari semalam.

Vettel yang juga juara dunia empat kali memberitahu, dia gagal mencapai kata sepakat dengan pengurusan Ferrari untuk mereka terus bekerjasama pada masa depan.

"Dalam usaha mendapatkan keputusan terbaik mungkin dalam sukan ini, amat penting buat semua pihak untuk bekerja dalam suasana harmoni. Masalah kewangan bukan isu dalam perbincangan ini.

"Apa yang berlaku sejak beberapa bulan lalu membuatkan kami mengimbau apakah keutamaan sebenar kami. Saya sendiri perlu mengambil masa apabila ia membabitkan masa depan saya," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!