Penceramah muda: Berdakwahlah dengan berhemah, tidak agresif

No Image Caption
A
A
A

SEORANG penceramah muda berkata, kelantangan dalam menegur seseorang individu secara umum tentang isu-isu tertentu perlu dinilai semula. Mohamad Hafiz Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hafiz, 31, berkata, tidak dapat dinafikan, ada pendakwah muda yang sangat cakna dan prihatin.

“Ia suatu perkembangan yang baik. Namun dari satu sudut lain, kita tidak boleh mengetepikan pendekatan aulawiyat (keutamaan tertentu). Misalnya, dalam banyak isu, kita perlu susun dan mengenal pasti yang mana satu menjadi keutamaan. Kaedah itu dapat membantu kita mendahulukan isu besar berbanding isu yang kecil,” katanya.

Imam Muda Hafiz
Imam Muda Hafiz

Selaku pendakwah muda, mereka juga tidak boleh terlalu agresif dan tidak berhemah.

"Berhemah dalam konteks ini bukannya bermaksud berdiam tetapi berhati-hati dalam memilih isu dan pendekatan termasuk memahami konteks serta suasana.

"Solusi yang hendak diberikan pula bukan sekadar kata-kata hamburan kosong tanpa penjelasan dan penyelesaian," katanya kepada Sinar Islam baru-baru ini.

Ustaz Hariri Mohamad Daud
Ustaz Hariri Mohamad Daud

Sementara itu, seorang pendakwah yang juga Penolong Pengarah Bahagian Maqasid Syariah Jakim, Ustaz Mohamad Hariri Mohd Daud pula berkata, seseorang itu perlu mencontohi adab Rasulullah ketika menegur.

Artikel Berkaitan:

"Rasulullah SAW memperlihatkan sikap tenang ketika menegur orang yang melakukan kesilapan. Tidak mengambil tindakan terburu-buru yang boleh menimbulkan dan kemarahan orang yang ditegur.

"Walaupun kesilapan itu berlaku secara terang-terangan dan disaksikan sendiri oleh Rasulullah, namun Baginda mengambil langkah bijaksana supaya para sahabat memahami bahawa untuk menegur kesilapan bukan memerlukan emosi sehingga menimbulkan perasaan benci serta dendam. Tetapi untuk menegur harus ada kefahaman, hikmah dalam menegur agar teguran ini menusuk kalbu serta bersedia untuk berubah,"katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!